Thursday, August 31, 2006
Pada Tanggal 31 Bulan Ogos Tahun 2006
*WARNING: Very broken BM ahead*

Beta telah pergi berpersatuan dengan kawan lama saya yang juga berasal dari kampung halamanku, Reubs. Dia telah ajak beta untuk menyambut harijadi Malaysia bersama-sama dengan teman-temannya dari MMU. Oleh kerana beta telah tidak bertemu dengan reubs selama 9bulan++, beta telah bersetuju.

Temannya, "9 wong yeh" telah menganggapkan dirinya sebagai Jay chow dalam filem Initial D telah "menerbangkan" kita ke Hartamas. Sebuah pengalaman ngeri. Tempatnya amat meriah. Beta nampak ramai mat salleh yang cantik-cantik belaka dan kacak macam jessey mcCartney. Seronok beta mencuci mata =)

Banyak telah berlaku sepanjang malam. Salah satunya adalah seorang gadis bodoh yang ingat dia amat teror meminum arak tetapi dia tumpas akhirnya sambil memuntah darah. Padahalnya, darah tersebut hanya adalah "red wine". Cis bedebah dia, kerana dia tumpas di depan beta dan terus memuntah darah tanpa berhenti.

Mohon maaf kerana beta telah meninggalkan kamera didalam kereta. Disebabkan itu, tiada foto akan dimuat-atas.??

Kejadian selanjutnya adalah sulit dan untuk yang ingin memuaskan kecurigaannya, sila meng-MSN-kan beta.

Baiklah, sampai sini sahaja sebelum beta memalukan diri sendiri dengan melampau sekali.

Beta akan meninggalkan anda dengan sebuah lagi patriotik yang amat popular. Sedap musiknya. Sila tekan main. Selamat Hari Merdeka!

Sekian.

Liriknya
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara




ps: yes i know im using BETA. i like.

 
posted by Eve at 1:16 PM | Permalink |


4 Comments: